Saturday, May 30, 2009

KKTM Beranang...bertukar!!!!

a'kum wbt...

Dok asik sebut "bertukar...", "bertukar...", "bertukar..." dan "bertukar...", akhirnya...memang terus bertukar insyaAllah buat selama-lamanya...

KKTM Beranang akan bertukar kepada MJII mulai Isnin 01 Jun 2009. Nama baru KKTMB ialah Malaysia Japan Industrial Institite.

Dengan itu, laman blog ini juga akan bertukar kepada http://www.mjii.blogspot.com

Jumpa anda di sanaaaa....di sanaaaa....

Wednesday, May 27, 2009

KKTM Beranang...Final Exam...


"Fuh...berasap...parah...rasa nak demam". Hidup sebagai student memang tak sah kalau takde exam...boleh buat ke, tak boleh buat ke...belakang kira. Yang penting masuk dulu dewan periksaan...lantak la nak pitam ke, nak terkucil ke...pasrah je la...

Inilah perasaan dalam dewan peperiksaan...rilek la...ada lagi 4 semester lagi macam nih...doa banyak-banyak...kuatkan azam...takbirrrr...


Apa-apahal...selamat menyambut hari peperiksaan...pasni kitaorang pulak berjuang menanda kertas awak semua...

Nak tengok gelagah awak semua masa aktiviti kohza cari di youtube = search "kktm beranang"...ada la satu dua video saya download kat situ.
GAMBATE...

Friday, May 22, 2009

KKTM Beranang....



Khamis, 21hb Mei 2009... KKTM Beranang diselubungi asap tebal...

aktiviti membakar...bakar ayam, sausage dan jagung...

Majlis penutup aktiviti kohza bagi sesi jan-jun 2009. Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Alhamdulillah hampir semua pelajar KKTMB yang hensem dan comel hadir bagi meraikan diri sendiri...dan...makan...

Walaupun majlis penuh dengan kesederhanaan tetapi meriah...

Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang berhempas pulas menyiapkan tempat majlis, membakar ayam, menyediakan sajian tambahan, mengemas bersih tempat, bersukaneka dan tak lupa juga berhempas pulas menghabiskan ayam yang dibakar sampai tak meninggalkan sebarang bukti...syabassss...

Thursday, May 21, 2009

KKTM Beranang...


Pada 20hb Mei 2009, satu sesi pembentangan Pelan Tindakan 3 tahun Akademik KKTM Beranang oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Tn. Hj. Nuriman Bin Yusof telah diadakan.

Sesi ini dihadiri oleh unit-unit yang berkaitan dengan Hal Ehwal Akademik iaitu ketua-ketua jabatan setiap kursus, ketua jabatan pengajian am dan Unit Peperiksaan.

Antara isi kandungan Pelan Tindakan ini ialah Visi, Misi dan Objektif penubuhan KKTM Beranang. Ianya juga menyebut kekuatan-kekuatan yang mesti dipunyai oleh KKTMB untuk mencapai VIsi dan Misi kolej.

Tn. Hj. Nuriman juga menyebut bahawa Pelan Tindakan ini adalah penting kerana sebagai sebuah KKTMB, kolej ini tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menjadi pusat rujukan ilmu terutama di bidang elektronik.

Friday, May 15, 2009

KKTM Beranang...


Pada 15-17Mei 2009, telah berlangsung pameran inovasi dan rekacipta ITEX 2009 di Kuala Lumpur Convention Center.

Pasukan dari IKM dan KKTM diketuai oleh En. Ab Manap dari IKMJB membawa 10 hasil produk rekaan inovasi pensyarah-pensyarah IKM seMalaysia.

Wakil dari IKMJB yang ceria seperti En. Sharis, En. Zahemi, En. Rosli, En. Zakaria, En. Nizam dan dibantu oleh En. Hasnosarkawe membawa harapan tinggi dari pihak MARA.

Tidak lupa juga sahabat seMARA iaitu Pusat Giat MARA seMalaysia yang juga membawa banyak hasil produk untuk dipamerkan dan dipertandingakan.

Diharapkan selepas ini, KKTMB akan memulakan langkah membawa hasil-hasil produk kolej ini untuk dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah... Gambate ne...

Pada pengakhiran semalam, pondok pameran IKM/KKTM SeMalaysia sempat dikunjungi oleh En. Zulkifli Haron (Zul Design) untuk sedikit sesi perbincangan antara beliau dan En. Ab Manap tentang bagaimana untuk mengkomersilkan produk-produk IKM/KKTM.

All the best to you all...

Sunday, May 10, 2009

KKTM BERANANG...OPEN DAY...


Pada Rabu 06 Mei 2009 yang lalu telah berlangsung Hari Terbuka dan Seminar Kerjaya yang mengganbungkan KKTM Beranang, KKTM Petaling Jaya dan IKM Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan juga jiran KKTMB iaitu Kolej Profesional MARA Beranang.

Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim Bin Ahmad, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan MARA telah berbesar hati untuk merasmikan majlis ini.

Antara aturcara bagi menyerikan majlis ialah pameran dari pada pusat-pusat kecemerlangan MARA, UniKL dan syarikat-syarikat swasta yang dijemput khas. Juga diadakan ialah sesi Ceramah Kerjaya oleh Syarikat-syarikat swasta dan tidak ketinggalan juga sesi Temuduga Terbuka oleh Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad dan satu lagi syarikat swasta.

Diharapkan dengan adanya majlis sebegini dapatlah pusat-pusat kecemerlangan MARA dikenali lebih ramai orang dan seterusnya dimanfaatkan untuk agenda pembangunan negara.