Saturday, May 30, 2009

KKTM Beranang...bertukar!!!!

a'kum wbt...

Dok asik sebut "bertukar...", "bertukar...", "bertukar..." dan "bertukar...", akhirnya...memang terus bertukar insyaAllah buat selama-lamanya...

KKTM Beranang akan bertukar kepada MJII mulai Isnin 01 Jun 2009. Nama baru KKTMB ialah Malaysia Japan Industrial Institite.

Dengan itu, laman blog ini juga akan bertukar kepada http://www.mjii.blogspot.com

Jumpa anda di sanaaaa....di sanaaaa....

Wednesday, May 27, 2009

KKTM Beranang...Final Exam...


"Fuh...berasap...parah...rasa nak demam". Hidup sebagai student memang tak sah kalau takde exam...boleh buat ke, tak boleh buat ke...belakang kira. Yang penting masuk dulu dewan periksaan...lantak la nak pitam ke, nak terkucil ke...pasrah je la...

Inilah perasaan dalam dewan peperiksaan...rilek la...ada lagi 4 semester lagi macam nih...doa banyak-banyak...kuatkan azam...takbirrrr...


Apa-apahal...selamat menyambut hari peperiksaan...pasni kitaorang pulak berjuang menanda kertas awak semua...

Nak tengok gelagah awak semua masa aktiviti kohza cari di youtube = search "kktm beranang"...ada la satu dua video saya download kat situ.
GAMBATE...

Friday, May 22, 2009

KKTM Beranang....



Khamis, 21hb Mei 2009... KKTM Beranang diselubungi asap tebal...

aktiviti membakar...bakar ayam, sausage dan jagung...

Majlis penutup aktiviti kohza bagi sesi jan-jun 2009. Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Alhamdulillah hampir semua pelajar KKTMB yang hensem dan comel hadir bagi meraikan diri sendiri...dan...makan...

Walaupun majlis penuh dengan kesederhanaan tetapi meriah...

Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang berhempas pulas menyiapkan tempat majlis, membakar ayam, menyediakan sajian tambahan, mengemas bersih tempat, bersukaneka dan tak lupa juga berhempas pulas menghabiskan ayam yang dibakar sampai tak meninggalkan sebarang bukti...syabassss...

Thursday, May 21, 2009

KKTM Beranang...


Pada 20hb Mei 2009, satu sesi pembentangan Pelan Tindakan 3 tahun Akademik KKTM Beranang oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Tn. Hj. Nuriman Bin Yusof telah diadakan.

Sesi ini dihadiri oleh unit-unit yang berkaitan dengan Hal Ehwal Akademik iaitu ketua-ketua jabatan setiap kursus, ketua jabatan pengajian am dan Unit Peperiksaan.

Antara isi kandungan Pelan Tindakan ini ialah Visi, Misi dan Objektif penubuhan KKTM Beranang. Ianya juga menyebut kekuatan-kekuatan yang mesti dipunyai oleh KKTMB untuk mencapai VIsi dan Misi kolej.

Tn. Hj. Nuriman juga menyebut bahawa Pelan Tindakan ini adalah penting kerana sebagai sebuah KKTMB, kolej ini tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menjadi pusat rujukan ilmu terutama di bidang elektronik.

Friday, May 15, 2009

KKTM Beranang...


Pada 15-17Mei 2009, telah berlangsung pameran inovasi dan rekacipta ITEX 2009 di Kuala Lumpur Convention Center.

Pasukan dari IKM dan KKTM diketuai oleh En. Ab Manap dari IKMJB membawa 10 hasil produk rekaan inovasi pensyarah-pensyarah IKM seMalaysia.

Wakil dari IKMJB yang ceria seperti En. Sharis, En. Zahemi, En. Rosli, En. Zakaria, En. Nizam dan dibantu oleh En. Hasnosarkawe membawa harapan tinggi dari pihak MARA.

Tidak lupa juga sahabat seMARA iaitu Pusat Giat MARA seMalaysia yang juga membawa banyak hasil produk untuk dipamerkan dan dipertandingakan.

Diharapkan selepas ini, KKTMB akan memulakan langkah membawa hasil-hasil produk kolej ini untuk dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah... Gambate ne...

Pada pengakhiran semalam, pondok pameran IKM/KKTM SeMalaysia sempat dikunjungi oleh En. Zulkifli Haron (Zul Design) untuk sedikit sesi perbincangan antara beliau dan En. Ab Manap tentang bagaimana untuk mengkomersilkan produk-produk IKM/KKTM.

All the best to you all...

Sunday, May 10, 2009

KKTM BERANANG...OPEN DAY...


Pada Rabu 06 Mei 2009 yang lalu telah berlangsung Hari Terbuka dan Seminar Kerjaya yang mengganbungkan KKTM Beranang, KKTM Petaling Jaya dan IKM Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan juga jiran KKTMB iaitu Kolej Profesional MARA Beranang.

Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim Bin Ahmad, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan MARA telah berbesar hati untuk merasmikan majlis ini.

Antara aturcara bagi menyerikan majlis ialah pameran dari pada pusat-pusat kecemerlangan MARA, UniKL dan syarikat-syarikat swasta yang dijemput khas. Juga diadakan ialah sesi Ceramah Kerjaya oleh Syarikat-syarikat swasta dan tidak ketinggalan juga sesi Temuduga Terbuka oleh Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad dan satu lagi syarikat swasta.

Diharapkan dengan adanya majlis sebegini dapatlah pusat-pusat kecemerlangan MARA dikenali lebih ramai orang dan seterusnya dimanfaatkan untuk agenda pembangunan negara.

Friday, May 8, 2009

KKTM BERANANG...


Pada jam 10.00 pagi tadi telah berlangsung satu perjumpaan antara Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) BPL(K)dengan pelajar-pelajar KKTMB.

UPP diwakili oleh En. Mohd Azman bin Mohd Rafaie dan Pn. Zalina bte Zulkabli.

Antara perkara penting yang disentuh ialah proses perpindahan kredit bagi subjek Japanese Language I, II dan III. Pelajar-pelajar yang telah lulus mengikut Kursus Intensif Bahasa Jepun selama 4 bulan pada Ogos - November 2008 yang lalu adalah layak untuk mendapat pengecualian tersebut.

Bagi pihak KKTMB, masa terluang ini nanti hendaklah diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti meningkatkan tahap kemahiran kerja-kerja elektronik atau berusaha untuk mendapatkan ilmu yang lebih daripada yang diajarkan di dalam bilik kuliah.

Thursday, May 7, 2009

KKTM BERANANG...


Pada 30 April yang lalu kelab CIC telah menjemput En. Zulfadli bin Haron dari Syarikat Autotronik and Design Sdn. Bhd. untuk memberikan ceramah kepada ahli-ahli CIC (Creative and Innovative Club).

Beliau mewakili abangnya iaitu En. Zulkifli Haron yang lebih dikenali dengan nama "Zul Design".

Antara intipati ceramah beliau ialah untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, mestilah menguasai asas kepada bidang tersebut. Dengan kata lain, ASAS MESTI KUKUH!
Kemudian barulah lahir LOGIK ialah asas kepada perkara-perkara penciptaan dan inovasi.

Beliau turut menceritakan detik susah payah syarikat mereka menghadapi saingan dan memperoleh kepercayaan Client dari dalam dan luar negara. "Nak Meniaga Mesti Kreatif dan Berani Mencunba Walaupun Gagal sekali..."

Beliau turut mengingatkan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah KKTMB tentang harapan besar Pengarah KKTMB tentang masa depan kolej ini seperti yang disampaikan oleh tuan Pengarah sendiri kepada beliau.

Ceramah beliau tamat pada jam 5.15 petang...

Monday, May 4, 2009

KKTM Beranang...


Secangkir Iman, Secubit Taqwa...

Syahadah...

Syahādah (ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

Hak Syahadah Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat .

(Sumber : Wikipedia)

Kata—kata Ulama’
“Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan juga rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu, dan tak akan kembali lagi, kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan. Kelamarin yang luput mengukir sesalan Yang ade hanya hari ini & akan datang.Gumakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita sedangkan semalam telah pergi buat selamanya”.

sedikit gambar dari www.iluvislam.com.my

Tuesday, April 28, 2009

EMBEDDED MAY 2009 EDITION


Activity Week and Student Sport Competition...


First of all, thank you for your support during activity week. Although most of you retained red punch cards, better late that never (?).
As for our contingent for Sport Competition at IKM Sik, congratulation for being the best among new KKTMs. At least, our present there gave an impact to everybody. It was a good clear warning that we are going to be “the best” one day.
Thank you to all the senseis that had put their effort to make the two major events success. May Allah bless you all.


Got the result...and…


Hm...enough with the Activity Week and Sport Competition, what about test 1 results? Did you received it with smile or else?...Not to forget, the JLPT 4 result also. Arghhh..
No matter how was your performance during the test 1, be prepared for the next coming test 2. For those who succeed in JLPT 4, “Tahniah, bilo nak blanjo den?”


“Patience is power, with time and patience mulberry leaf becomes silk” - Chinese proverb

Sikit gambar aktiviti...