Thursday, May 7, 2009

KKTM BERANANG...


Pada 30 April yang lalu kelab CIC telah menjemput En. Zulfadli bin Haron dari Syarikat Autotronik and Design Sdn. Bhd. untuk memberikan ceramah kepada ahli-ahli CIC (Creative and Innovative Club).

Beliau mewakili abangnya iaitu En. Zulkifli Haron yang lebih dikenali dengan nama "Zul Design".

Antara intipati ceramah beliau ialah untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, mestilah menguasai asas kepada bidang tersebut. Dengan kata lain, ASAS MESTI KUKUH!
Kemudian barulah lahir LOGIK ialah asas kepada perkara-perkara penciptaan dan inovasi.

Beliau turut menceritakan detik susah payah syarikat mereka menghadapi saingan dan memperoleh kepercayaan Client dari dalam dan luar negara. "Nak Meniaga Mesti Kreatif dan Berani Mencunba Walaupun Gagal sekali..."

Beliau turut mengingatkan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah KKTMB tentang harapan besar Pengarah KKTMB tentang masa depan kolej ini seperti yang disampaikan oleh tuan Pengarah sendiri kepada beliau.

Ceramah beliau tamat pada jam 5.15 petang...

No comments:

Post a Comment