Friday, May 8, 2009

KKTM BERANANG...


Pada jam 10.00 pagi tadi telah berlangsung satu perjumpaan antara Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) BPL(K)dengan pelajar-pelajar KKTMB.

UPP diwakili oleh En. Mohd Azman bin Mohd Rafaie dan Pn. Zalina bte Zulkabli.

Antara perkara penting yang disentuh ialah proses perpindahan kredit bagi subjek Japanese Language I, II dan III. Pelajar-pelajar yang telah lulus mengikut Kursus Intensif Bahasa Jepun selama 4 bulan pada Ogos - November 2008 yang lalu adalah layak untuk mendapat pengecualian tersebut.

Bagi pihak KKTMB, masa terluang ini nanti hendaklah diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti meningkatkan tahap kemahiran kerja-kerja elektronik atau berusaha untuk mendapatkan ilmu yang lebih daripada yang diajarkan di dalam bilik kuliah.

No comments:

Post a Comment